Sunday, 2 April 2017

PROGRAM SIFAR SALAH LAKU DISIPLIN

16 FEBRUARI 2017 - Unit Disiplin Sekolah Agama Kem Mahkota bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang telah menganjurkan Program Sifar Salah Laku Disiplin.

Terima kasih kepada pihak polis Kluang khususnya Tuan Ins. Kasturiah dan Puan Ins. Rabiatul Adawiyah dari Unit Siasatan Jenayah yang dapat memberikan ceramah berkaitan pendedahan salah laku disiplin terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah.

Tahniah kepada Guru Disiplin iaitu Ustazah Siti Hawa Fadilah binti Abd. Hamid di atas usaha murni ini.