BICARA GURU BESAR



Transformasi Kecemerlangan Pendidikan Agama

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana dengan limpah dan kurnia serta inayah-Nya, maka lahirlah blog sekolah yang sekian lama dinanti. Terlebih dahulu saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit ICT SAKEM yang telah merealisasikan penubuhan blog sekolah ini.

Blog sekolah merupakan menifestasi usaha murni sekolah dalam menyediakan wadah penyaluran yang mendokumentasikan segala peristiwa, kejayaan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Ibubapa juga diberi kemudahan untuk mengetahui maklumat terkini melalui satu 'klik' di hujung jari.
Ilmu adalah penentu kepada potensi manusia untuk menzahirkan daya fikiran, daya cipta, daya penerokaan dan sebagainya. Semoga dengan memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari, kita mampu bersaing dalam era globalisai dan revolusi teknologi maklumat.

Akhir kata, saya berharap agar warga SAKEM terus berganding bahu dan melangkah sederap dalam mengharungi cabaran-cabaran dunia pendidikan. Semoga Allah S.W.T akan sentiasa memberkati segala usaha yang kita lakukan.

Salam hormat daripada :
Guru Besar SA Kem Mahkota